Selamat datang ke Sistem OnPay untuk SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL IZZAH.
Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.
PENGENALAN
Sekolah Menengah Islam Darul Izzah (SMIDI) terletak di Lot 2145, Kampung Perupok, 06900 Yan, Kedah. Dibina di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan kepada pihak pengurusan Darul Izzah untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat dakwah dan pengajian Islam yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitarnya.
Perjalanan pengajian di Darul Izzah mula beroperasi pada tahun 2013 dengan pengambilan pertama pelajar seramai hanya 8 orang pelajar yang dikendalikan oleh generasi muda yang berkelulusan dalam bidang pengajian Islam dari Universiti dalam dan luar negara.
Pada awal bulan Februari 2015, Sekolah Menengah Islam Darul Izzah telah didaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah iaitu di bawah enakmen pengawalan sekolah-sekolah Agama Islam 1988 negeri Kedah Aman (Seksyen 13) dengan nombor pendaftaran 04/2015. Seterusnya, pada 17 Mac 2018, Sekolah Menengah Islam Darul Izzah Telah didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Kedah yang telah dirasmikan oleh wakil Mufti Kerajaan Negeri Kedah.
VISI
Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani
MISI
Memberikan pendidikan peringkat menengah berasaskan kurikulum bersepadu meliputi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah melalui persekitaran yang kondusif
BANTUAN TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR MISKIN
Sekolah Menengah Islam Darul Izzah dibangunkan di atas tanah yang diwakafkan kepada golongan anak-anak fakir dan miskin. Terdapat 28 orang pelajar yang tergolong dalam golongan pelajar fakir dan miskin yang menuntut di Sekolah Menengah Islam Darul Izzah. Oleh itu, sebanyak RM7,840 sebulan dan RM94,080 setahun yang diperlukan bagi membantu pelajar-pelajar yang tidak mampu. Sehubungan itu, pihak pengurusan sekolah ingin memohon bantuan dan sumbangan orang ramai bagi membantu membiayai yuran pelajar-pelajar miskin yang tidak berkemampuan. Berikut merupakan keperluan yuran bulanan Sekolah Menengah Islam Darul Izzah bagi seorang pelajar :
PERKARA | RM |
PENGAJIAN | 120 |
MAKAN DAN MINUM | 160 |
JUMLAH BULANAN | 280 |
Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati mengalu-alukan tajaan daripada Tuan bagi tujuan tersebut. Sumbangan daripada pihak tuan amatlah bermakna bagi pihak kami khususnya bagi pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di Sekolah Menengah Islam Darul Izzah ini.
Berikut adalah pakej sumbangan dana Tajaan Yuran Pelajar Miskin Darul Izzah yang ditawarkan :
Pakej A : Sumbangan Dana Seorang Pelajar RM280
Pakej B : Sumbangan Dana Seorang Pelajar RM100
Pakej C : Sumbangan Dana Seorang Pelajar RM50
Pakej D : Sumbangan Dana Seorang Pelajar RM10