Bantuan Tajaan Yuran Tunggakan Pelajar Asnaf Darul Izzah
![Bantuan Tajaan Yuran Tunggakan Pelajar Asnaf Darul Izzah Bantuan Tajaan Yuran Tunggakan Pelajar Asnaf Darul Izzah](https://darulizzah.onpay.my/media/forms/3-tajaan_yuran_tunggakan_smidi-1621912359.jpg)
Sekolah Menengah Islam Darul Izzah (SMIDI) terletak di Lot 2145, Kampung Perupok, 06900 Yan, Kedah. Dibina di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan kepada pihak pengurusan Darul Izzah untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat dakwah dan pengajian Islam yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitarnya.
Perjalanan pengajian di Darul Izzah mula beroperasi pada tahun 2013 dengan pengambilan pertama pelajar seramai hanya 8 orang pelajar yang dikendalikan oleh generasi muda yang berkelulusan dalam bidang pengajian Islam dari Universiti dalam dan luar negara.
Pada awal bulan Februari 2015, Sekolah Menengah Islam Darul Izzah telah didaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah iaitu di bawah enakmen pengawalan sekolah-sekolah Agama Islam 1988 negeri Kedah Aman (Seksyen 13) dengan nombor pendaftaran 04/2015. Seterusnya, pada 17 Mac 2018, Sekolah Menengah Islam Darul Izzah Telah didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Kedah yang telah dirasmikan oleh wakil Mufti Kerajaan Negeri Kedah.
VISI
Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani
MISI
Memberikan pendidikan peringkat menengah berasaskan kurikulum bersepadu meliputi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah melalui persekitaran yang kondusif
BANTUAN TAJAAN YURAN TUNGGAKAN PELAJAR ASNAF
Sekolah Menengah Islam Darul Izzah dibangunkan di atas tanah yang telah diwakafkan. Terdapat 25 orang pelajar yang tergolong dalam golongan pelajar asnaf fakir dan miskin yang menuntut di Sekolah Menengah Islam Darul Izzah. Oleh itu, sebanyak RM62,209 yuran yang masih tertunggak yang perlu diselesaikan.
Sehubungan itu, pihak pengurusan sekolah ingin memohon bantuan dan sumbangan orang ramai bagi membantu membiayai yuran tunggakan pelajar-pelajar asnaf yang tidak berkemampuan. Pihak kami dengan rendah hati mengalu-alukan tajaan daripada Tuan bagi tujuan tersebut. Sumbangan daripada pihak tuan amatlah bermakna bagi pihak kami khususnya bagi pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di Sekolah Menengah Islam Darul Izzah ini.
Berikut adalah pakej sumbangan dana Tajaan Yuran Tunggakan Pelajar Asnaf Darul Izzah yang ditawarkan :
Pakej A : Sumbangan Pelajar RM100
Pakej B : Sumbangan Pelajar RM50
Pakej C : Sumbangan Pelajar RM20
Pakej D : Sumbangan Pelajar RM10
Pakej E : Seikhlas Hati
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 013-4045145 (Ustaz Iqbal)
LIKE |FOLLOW |SHARE